Islamic Widget

Tuesday, October 4, 2011

~Sayang Allah pada Perempuan~


Sayangnya Allah Pada Perempuan

* Siapa kata jadi perempuan tu SENANG? -Nak kena tutup sana, tutup sini

-Tengok budak lelaki, pakai baju pagoda pon orang x bising.

Perempuan, stoking pon kena pakai

Cuba suruh budak lelaki jadi perempuan satu hari Komfem x tahan bertutup semua Tapi, perempuan cool jek Tengah panas pon boleh lagi pakai jubah,

hebat kan perempuan?

* Siapa kata jadi perempuan tu senang? -Tiap2 bulan, mesti ada period

-Cuba tengok budak lelaki , selamber jek

Nak pergi kelas pon susah, kena pkai pad tebal2..

Kalau boleh, masa tengah jalan tu nak jek meraung sbb sakit

Kadang2 setahun sekali pon susah nak dapat sakit Tapi, perempuan hidup berpuluh2 tahun dgn penyakit tiap2 bulan, survive jek

Tengah2 sakit pon boleh senyum lagi sampai orang pon x perasan yg dia sakit

Hebat kan perempuan?

* Siapa kata jadi perempuan tu senang? -Lepas jer kawin trus kena ikut suami

-Tengok lelaki, trus jer buat keputusan nk bw kita ke mana dia suka

Kena tgglkan mak ayah yg dh bertahun kita kenal

kena trus jadi isteri yg perfect, klau x nnt x psal2 dpt status janda

klau JANDA org x ngata kt suami, sure isteri juga yg salah.. x pandai jaga suami

Macam tu pun isteri tetap ikut dan patuh, menahan segalanya...

hebatkan perempuan?

*Siapa kata jadi perempuan tu senang? - Menahan segala susah & sakit untuk tambahkan zuriat

-Klau lelaki, sronok jer bila time sebut nk tambah anak, coz smua sakit dia x rasa

Ops, nk pecah dara pun perempuan juga yg sakit..

Dah tu kena morning sickness... stiap pg asyik muntah2, sampai abis isi perut dikeluarkan

Makan apa pun x lalu, bau apa pun nk muntah, bdn jd lemah...

Tapi, perempuan still bleh senyum dan masih bleh jaga makan pakai si lelaki....

Bila bersalin, menanggung smua kesakitan demi utk menambahkan zuriat..

berjuang! ibarat nyawa diujung tanduk

Menjalani pula amalan berpantang, hampir smua benda kena berpantang.. itu.. ini.. Boleh jer...

Tapi, si lelaki... siap bleh gurau, nk tambah lagi...

Hebat kan perempuan?

* Siapa kata jadi perempuan tu senang?

-Menjadi isteri, ibu,kawan, pembantu,tukang masak, pencuci, akauntan dll... dlm satu masa

- Lelaki/ suami... nk jd bos jer, blk keje, on tv, bentang paper...

smua mkn minum terhidang.. pakaian sedia bergosok..

Klau yg further study lg la, silap2 assigment pun mnta tlg isteri

Perempuan kejenya... rasanya lebih dr 20 jam waktu bekerja..

Tak putus2 dgn tugasnya.. siap bleh buat 3 in 1 lg.. tugas2 tu...

kadang2 masa tidur yg berbaki 4 jam tu pun diganggu si lelaki...

Hebat kan perempuan?

*Siapa kata jadi perempuan tu senang? - Hati ni Allah jadikan lembut betul

- Lelaki tahap egonya tinggi, hatinya agak keras

Cepat jek sensitif... Cuba tengok orang putus cinta

Selalu perempuan yg paling susah nak lupa

Lelaki lepas putus cinta cepat jek pasang baru

Cuba pergi wayang tengok cerita hindustan

Siapa yg paling teruk menangis? Perempuan kan? lelaki boleh gelak2 lagi

Lembut tak lembut hati perempuan

Tapi dengan hati yg lembut tu perempuan dapat mengkagumkan lelaki...

Hebat tak perempuan?

- Disebabkan susahnya nak jadi perempuan ni lah, Ramai perempuan yg merajuk dengan Allah. Diorang cakap, Allah x adil. Kenapa Allah lebihkan lelaki? Kenapa perempuan kena dengar cakap suami. Kenapa syurga perempuan terletak di bawah kaki suami.

- Padahal jadi perempuan tu sangatlah susah Bak kata orang, nak jaga 10 anak lelaki, x susah macam nak jaga sorang anak perempuan. Dan disebabkan perasaan negatif dekat Allah ni, ramai perempuan2 kat luar sana yg bebel. Diorang pakai pakaian yg tidak menutup aurat dengan alasan, 'lelaki x payah tutup pon'. Diorang berani bertepuk tampar dengan lelaki. Diorang sanggup gadaikan diri diorang sbb percaya dengan janji manis kekasih yg busuk hati

- Kesian kan kat diorang?

- Disebabkan fikiran yg negatif terhadap Allah,.. diorang sanggup rosakkan diri diorang..

Diorang cakap diorang buat macam tu sbb Allah x adil-

Persoalannya sekarang Betul ke Allah x adil dengan perempuan?

Betul...., syurga perempuan terletak di bawah kaki suami

Tapi, cuba ingat balik, syurga seorang anak lelaki terletak di bawah kaki siapa kalau bukan kaki ibunya? Betul, isteri kena ikut cakap suami.

Tapi.., seorang anak lelaki kena taat pada ibunya 3 kali lebih utama daripada ayahnya.

X adil lagikah Allah pada perempuan?

- Allah bukan setakat adil, tapi Allah tu sangat sayang kat perempuan

Untuk lelaki, syurga isterinya terletak di bawah kakinya

Kalau paling banyak dia ada 4 orang isteri.

Cuma ada 4 orang yg syurganya bergantung pada seorang lelaki tu

Tapi perempuan, ditakdirkan ada 15 orang anak lelaki

Bermakna ada 15 orang yg syurganya terletak pada seorang perempuan tu

MashaAllah, hebatnya perempuan kan?

- Kenapa perempuan hebat?

sebab kasih sayang Allah yg jadikan kita hebat

Cuba dengar pula lagu2 yg berkumandang dekat radio

Banyak lagu pasal perempuan kan? Contohnya macam lagu SUMAIYYAH,

Jarang kita dengar lagu pasal lelaki

- Sayang x sayang Allah tu dekat perempuan,

sampai perempuan dikasihi macam tu sekali dekat dunia

Tengok pula, bila seorang lelaki berjaya...

Orang akan cakap:

'Disebalik kejayaan seorang lelaki terdapat seorang perempuan di belakangnya'

Kita x pernah dengar orang cakap:

'Disebalik kejayaan seorang perempuan terdapat seorang lelaki di belakangnya'

Kan? Hebat x Allah jadikan perempuan tu?

- Masih x adil lagikah Allah dekat perempuan?

Allah sebenarnya terlampau adil dekat perempuan

Sampaikan disebabkan susahnya nak jadi perempuan ni

Perempuan senang nak masuk syurga

**Tengok hadis ni:

"Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai."(Hadis Riwayat Ahmad)

- X adil lagikah Allah dekat perempuan?

- Oh perempuan, sedarlah

- Betapa sayangnya Allah dekat kita

- Betapa cintanya Allah dekat kita

- Allah jadikan perempuan tu sebagai hiasan dunia

- Bayang, dunia yg besar ni, dunia yg cantik ni, kita jadi hiasan

- Dan seindah2 hiasan tu adalah wanita solehah

- Kesiannya dekat kita kalau kita tolak untuk jadi seindah hiasan kan?

Sekadar perkongsian bersama


No comments:

Post a Comment