Islamic Widget

Tuesday, June 29, 2010

JOM TANGANI STRESS.... AMALKAN 10 B

Tekanan atau stres hidup sudah menjadi lumrah kehidupan zaman moden, yang dihadapi oleh semua peringkat umur, tidak kira jantina, bangsa dan agama. Bukan hanya golongan dewasa yang dilimpahi stres di tempat kerja, rumah, jalan raya dan pergaulan masyarakat, malahan kanak-kanak juga dibelenggu pelbagai punca stres. Akan tetapi stres adalah satu perkara yang biasa dalam kehidupan manusia yang normal dan setiap orang akan mengalami stres pada sesuatu masa dalam kehidupannya. Stres adalah hakikat kehidupan yang tidak boleh dielakkan. Stres adalah respons fizikal, emosi dan mental yang berlaku kepada seseorang apabila tuntutannya tidak dapat dipenuhi.

Apakah itu stres?

Stres adalah reaksi tubuh badan terhadap rangsangan yang tidak menyenangkan seperti bunyi yang kuat, bau yang busuk atau kata-kata kesat. Stres berlaku apabila tuntutan tidak setanding dengan kebolehan dan kemahiran daya tindak seseorang. Stres juga boleh diertikan sebagai faktor fizikal dan emosi yang menyebabkan tekanan ke atas minda dan tubuh badan. Ia mungkin mengakibatkan penyakit seperti darah tinggi, penyakit jantung koronari dan kemurungan.

Apakah punca-punca stres?

Punca-punca stres terdiri daripada :

-->Dalam diri
*Cita-cita dan harapan yang terlalu tinggi
*Rasa tidak selamat
*Pengalaman zaman kanak-kanak
*Peristiwa dalam kehidupan
*Perwatakan / personaliti
*Dilema dalam membuat keputusan
*Stres keibubapaan

-->Sosial
*Berpindah rumah
*Konflik keluarga, penceraian, krisis hidup
*Stres perkahwinan dan rumah tangga
*Perhubungan interpersonal yang bermasalah
*Masalah di tempat kerja
*Cabaran kehidupan di kota atau di bandar
*Masalah/ perubahan persekitaran
*Masalah kewangan

-->Psikologi
*Jenis Personaliti
*Tragedi
*Hilang orang yang dikasihi
*Kurang keyakinan diri
*Takut untuk gagal

-->Biologi
*Penyakit fizikal yang kronik
*Perubahan dalam tubuh (remaja)
*Kenali tanda-tanda stres anda…

-Tanda-tanda fizikal
>Kering mulut
>Gementar
>Sakit kepala
>Masalah tidur
>Perubahan selera makan
>Cepat letih
>Lenguh-lenguh badan
>Jantung berdebar-debar
>Pernafasan semakin laju
>Sakit perut
>Cirit-birit
>Sakit-sakit badan yang kurang jelas puncanya
>Letih lesu

-Tanda-tanda psikologi
>Gelisah
>Hilang sabar
>Mudah marah
>Lemah semangat
>Risau dan bimbang
>Kurang minat dan tumpuan terhadap aktiviti seharian
>Mudah lupa
>Takut gagal
>Rendah diri
>Keresahan
>Tidak merasa seronok
>Bosan
>Low mood dan murung

-Tanda-tanda tingkah laku
>Merokok berlebihan
>Penggunaan ubat-ubatan yang tidak terkawal
>Memikir atau bercakap tentang mencedera atau membunuh diri
>Tingkahlaku impulsif dan agresif (buli, vandalisme)
>Penyalahgunaan dadah dan alkohol
>Masalah tabiat makan


Amalkan tips mudah tangani stres serta merta...Amalkan 10B

Bertenang
Bertenang boleh membantu mengurangkan stres dengan menghentikan kitaran stres di peringkat permulaan.

Bernafas secara dalam
Pernafasan melalui abdomen adalah cara pernafasan terbaik, kita bernafas dengan lebih perlahan, panjang dan lebih dalam.

Berkata : Relakslah....
Kata-kata ini sedikit sebanyak dapat membantu mententeramkan perasaan dan mengurangkan stres.

Beribadat
Berzikir,dekatkan diri dengan Allah, berdoa dan beribadat memberi sokongan emosi dan melegakan perasaan.

Berkongsi perasaan/masalah dengan seseorang
Perasaan/ masalah adalah sesuatu yang tak sepatutnya dipendam, sebaliknya harus dikongsi dengan orang yang dipercayai seperti bercakap dengan ahli keluarga atau kawan-kawan. berkongsi perasaan/ masalah akan melegakan dan mengurangkan stres dalam diri.

Berurut
Dalam keadaan stres, otot-otot di leher, kepala dan bahu akan tegang tanpa disedari. Berurut (leher, bahu, kepala, kaki) boleh melegakan otot dan melancarkan perjalanan darah.

Berehat & mendengar muzik
Berehat sambil mendengar muzik yang lembut akan menenangkan fikiran.

Beriadah
Aktiviti riadah seperti berkelah, berenang, mendaki bukit/gunung, berkhemah, melakukan hobi atau aktiviti yang disukai boleh menenangkan fikiran dan mengurangkan stres.

Bersenam
Bersenam dapat meningkatkan pengeluaran hormon endorfin, dan akan mengurangkan ketegangan otot dan stres.

Berfikiran Positif
Berfikiran positif ialah melihat kebaikan dalam mana-mana situasi bersifat negatif. Tumpukan kepada perkara yang baik dan apa yang boleh dilakukan dalam situasi tersebut.


Dengan melakukan kaedah 10B, InsyaAllah... kesan fizikal stres seperti denyutan jantung laju, marah, rasa gelisah, gementar dan sakit kepala dapat dikurangkan.

Friday, June 25, 2010

TANDA-TANDA KIAMAT

TANDA-TANDA KIAMAT (Siri 2)

Rasulullah S.A.W telah bersabda,

"Hari kiamat itu mempunyai tanda, bermulanya dengan tidak laris jualan di pasar, sedikit sahaja hujan dan begitu juga dengan tumbuh-tumbuhan. Ghibah menjadi-jadi di merata-rata, memakan riba, banyaknya anak-anak zina, orang kaya diagung-agungkan, orang-orang fasik akan bersuara lantang di masjid, para ahli mungkar lebih banyak menonjol dari ahli haq"

Jika kita perhatikan kini memang benar:
Ghibah merata-rata (memperburuk-burukkan, memfitnah orang juga meleluasa kini)
Riba meluas tanpa kawalan (shark loan, pinjaman segera, pembelian kereta, rumah dll, bank bersistem riba, termasuk berbagai jenis loan yang "diislamkan" dari luarannya. hatta "study loan" pun)
Anak zina bertambah (malah pasangan berzina berbangga dengan perbuatan zina dan anak zinanya).
Orang kaya diagung-agungkan (sampai cium tangan dan merayu)
Orang fasik bersuara lantang di Masjid (sampaikan pelanggan tetap 4d pun dikhabarkan dilantik sebagai AJK Masjid)
Ahli mungkar lebih banyak menonjol dari ahli haq (bercakap tentang islam walaupun tanpa ilmu)

Berkata Ali bin Abi Talib,

Akan datang di suatu masa di mana Islam itu hanya akan tinggal namanya sahaja, agama hanya bentuk sahaja, Al-Qur'an hanya dijadikan bacaan sahaja, mereka mendirikan masjid, sedangkan masjid itu sunyi dari zikir menyebut Asma Allah. Orang-orang yang paling buruk pada zaman itu ialah para ulama, dari mereka akan timbul fitnah dan fitnah itu akan kembali kepada mereka juga. Dan kesemua yang tersebut adalah tanda-tanda hari kiamat."


TANDA-TANDA KIAMAT KECIL (SIRI 5)

- Penaklukan Baitulmuqaddis.

Dari Auf b. Malik r.a., katanya,

"Rasulullah s. a. w. telah bersabda:
"Aku menghitung enam perkara menjelang hari kiamat. "Baginda menyebutkan salah satu di antaranya : Penaklukan Baitulmuqaddis."
- Sahih Bukhari,

- Zina bermaharajalela.

"Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang.”
- Sahih Muslim

- Bermaharajalela alat muzik., tanah runtuh dan perubahan muka

"Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka."Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab;"Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita”
- Ibnu Majah

- Menghias masjid dan membanggakannya.

"Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalam mendirikan masjid”
- Riwayat Nasai.

- Munculnya kekejian, memutuskan kerabat dan hubungan dengan tetangga tidak baik.

"Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga."
-Riwayat Ahmad dan Hakim

- Ramai orang soleh meninggal dunia.

"Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran.
- Riwayat Ahmad

- Orang hina mendapat kedudukan terhormat.

"Di antara tanda-tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka’ (orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang mulia"
-Riwayat Thabrani

- Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.

"Sesungguhnya diantara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja."
- Riwayat Ahmad

- Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a.
"Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang."

- Bulan sabit kelihatan besar.

"Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit."
- Riwayat Thabrani
- Sahih Muslim


- Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita.

"Pada akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu”
- Sahih Muslim

- Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar.

"Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar"
- Riwayat Ahmad

- Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai.

"Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai."



PENGAJARAN

Segala apa yang dikatakan oleh Nabi Muhammad s.a.w. itu adalah benar belaka janganlah disangsikan dan ragu-ragu.

Sekiranya kita menghayati apa yang tersirat pada kisah di atas memang kebanyakannya telah berlaku kini.

Tak perlu Nostradamus' Prediction untuk kita jadikan panduan atau ikutan seperti orang kafir atau menunggu hasil kajian saintifik tentang amalan dan sunnah Rasullullah s.a.w.

Percayalah seyakin-yakinnya dan amalkan

-Wallahualam-

TANDA-TANDA KIAMAT

TANDA-TANDA KIAMAT (Siri 1)

Hudzaifah bin As-yad al-Ghifary berkata,

Sewaktu kami sedang berbincang, tiba-tiba datang Nabi Muhammad S.A.W kepada kami lalu bertanya,
"Apakah yang kamu semua sedang bincangkan.?"
Lalu kami menjawab,
"Kami sedang membincangkan tentang hari Kiamat."
Sabda Rasulullah S.A.W.
"Sesungguhnya kiamat itu tidak akan terjadi sebelum kamu melihat sepuluh tanda :-
Asap
Dajjal
Binatang melata di bumi
Terbitnya matahari sebelah barat
Turunnya Nabi Isa A.S
Keluarnya Yakjuj dan Makjuj
Gerhana di timur
Gerhana di barat
Gerhana di jazirah Arab
Keluarnya api dari kota Yaman menghalau manusia ke tempat pengiringan mereka.

Asap akan memenuhi timur dan barat, ia akan berlaku selama 40 hari. Apabila orang yang beriman terkena asap itu, ia akan bersin seperti terkena selsema, sementara orang kafir pula keadaannya seperti orang mabuk, asap akan keluar dari hidung, telinga dan dubur mereka.

Dajjal maksudnya ialah bahaya besar yang tidak ada bahaya sepertinya sejak Nabi Adam A.S sampai hari kiamat. Dajjal boleh membuat apa sahaja perkara-perkara yang luar biasa. Dia akan mendakwa dirinya Tuhan, sebelah matanya buta dan di antara kedua matanya tertulis perkataan 'Ini adalah orang kafir'.

Binatang melata yang dikenali sebagai Dabatul Ard ini akan keluar di kota Mekah dekat gunung Shafa, ia akan berbicara dengan kata-kata yang fasih dan jelas. Dabatul Ard ini akan membawa tongkat Nabi Musa A.S dan cincin Nabi Sulaiman A.S. Apabila binatang ini memukulkan tongkatnya ke dahi orang yang beriman, maka akan tertulislah di dahi orang itu 'Ini adalah orang yang beriman'. Apabila tongkat itu dipukul ke dahi orang yang kafir, maka akan tertulislah 'Ini adalah orang kafir'.

Turunnya Nabi Isa. A.S di negeri Syam di menara putih, beliau akan membunuh dajjal. Kemudian Nabi Isa A.S akan menjalankan syariat Nabi Muhammad S.A.W.

Yakjuj dan Makjuj pula akan keluar, mereka ini merupakan dua golongan. Satu golongan kecil dan satu lagi golongan besar. Yakjuj dan Makjuj itu kini berada di belakang bendungan yang dibangunkan oleh Iskandar Zulqarnain. Apabila keluarnya mereka ini, bilangannya tidak terhitung banyaknya, sehingga kalau air laut Thahatiah diminum nescaya tidak akan tinggal walau pun setitik.

Alhamdulillah... Syukran Jazilan, utk adik tercinta

Sejuk mata memandang,
Ada jg insan yg sudi membantu... utk mencantikkan blog ni,
Almaklumlah.... kita nie sibuk sgt, sejak kebelakangan ni...
Hari2 pikir kerja, rasa mcm x cukup tangan nk buat. Mana nk manage rumah tangganya, anak2nya, suaminya, tadikanya, nak manage reunion member lamanya, nk update blog tadika lg, update fb tadika n sendri punya lg.... ish mcm2 btul lah. Sesekali dpt rest kan best...
Nnt lah, ada ja masa2 terluang... bleh la karang apa2 yg patut kt sini...
Wassalam.

Camna nk bg ada semangat berblog ni yek???

Bila buka je blog ni... suram semacam ja. Tp rasanya klau bertukar rupa, baru ada semangat kot...
Ermmmm..... nk minta advise sape yek... Ooooooo, dah tau siapa yang bakal diserang...