Islamic Widget

Thursday, June 30, 2011

AKUKAH WANITA ITU..

“Wanita selalu mempunyai kekuatan mempesonakan lelaki.. KERANA..

Dia dapat mengatasi beban

Dia mampu menyimpan kebahagiaan dan pendapatnya sendiri.

Dia mampu tersenyum walaupun sebenarnya hati menjerit.

Mampu menyanyi saat menangis,

Menangis saat terharu, terharu saat ketawa,

Bahkan tertawa saat ketakutan.

Dia berkorban demi orang yang dicintainya.

Dia tidak menolak kalau melihat yang lebih baik.

Dia menerjunkan dirinya untuk keluarganya.

Dia membawa sahabat yang sakit untuk berubat



‎"Wanita,Sesungguhnya kejadianmu terlalu indah tercipta daripada tulang rusuk Adam yang bengkok untuk dilindungi dan disayangi; bukannya dicipta daripada kepala untuk disanjung dan dipuja, bukan pula diciptakan daripada kaki untuk dipijak dan dijadikan hamba sahaya. Lantaran daripada keindahan ciptaanmu itu, kau umpama sekuntum bunga yang mana harum aromamu bisa menarik perhatian sang kumbang untuk mendekatimu..
Renunglah pada keindahan bunga mawar yang unggul terjaga berpagarkan duri sebagai bentengnya. Dari kejauhan keharumannya mencuri perhatian. Kilauan warnanya yang memancar indah menjadi tarikan. Namun, lantaran pagaran duri yang berbisa itu, sang kumbang tertunduk kagum terhadap keindahan yang terjaga hinggakan ia berfikir beberapa kali untuk mendekati si Mawar Agama itu...

Antara Tenaga Lelaki Dan Wanita

Kesabaran insan bersama wanita justeru amat dikagumi dan wajar diselidiki rahsianya. Lelaki dan wanita hakikatnya adalah sama. Keutamaan yang Allah berikan kepada golongan lelaki berbanding wanita adalah kerana kelebihan daripada aspek pengurusan diri, keluarga dan juga harta benda. Tiada keutamaan lelaki berbanding wanita. Yang ada, hanyalah perbezaan.

Lelaki boleh berbangga kerana memiliki tenaga yang kuat. Dia boleh mengangkat barangan yang berat, melakukan kerja yang sukar dan mempunyai tubuh yang sasa. Akan tetapi, cuba berikan mereka tugas untuk menjaga anak dan menguruskan rumah selama sehari. Belum tentu si lelaki tadi dapat melaksanakannya.

Semua ini disebabkan kerana perbezaan daripada aspek pengurusan tenaga yang amat berbeza antara lelaki dan wanita. Menurut kajian, metabolisme dan struktur lemak wanita membolehkan mereka memiliki tenaga simpanan yang lebih tinggi berbanding lelaki. Dengan sebab itulah mereka boleh berterusan mendukung anak, melayan mereka untuk jangka masa panjang, serta dalam masa yang sama mampu menguruskan rumah. Mereka juga boleh bekerja tanpa henti (Tanenbaum, Joe. Male & Female Realities, Understanding the Opposite Sex. NV: Robert Erdmann Publishing, 1990. p 87-88, 136).

Sementara lelaki pula, walaupun mempunya jumlah tenaga yang tinggi kerana bilangan oksigen, glycogen dan phosphocreatine yang tinggi berbanding wanita, akan tetapi tenaga mereka cepat kehabisan. Dengan sebab itu, cubalah minta sang adi wirawan bertubuh sasa memangku kerja-kerja isterinya, cepat sahaja tenaga si sasa tadi kehabisan.

Atas sebab itulah wanita sebenarnya lebih berdaya tahan di dalam suasana yang ekstrim, stress dan mendera berbanding lelaki (Stump, Jane Barr, PhD. What's the Difference? NY: William Morrow and Company, Inc., 1985. p 72).

Selain itu, golongan wanita juga menggunakan tenaga mereka untuk fokus. Apabila mereka fokus, mereka perlu pergi ke luar diri mereka untuk memulihkan tenaga. Mereka mampu memulihkan tenaga ketika berinteraksi dengan dunia luar, seperti ketika membeli-belah, menonton filem atau sekadar bersembang panjang dengan rakan.

Sementara lelaki pula, untuk memulihkan tenaga mereka, mereka perlu pergi ke dalam diri mereka sendiri, dengan cara utamanya ialah tidur dan berehat panjang. Atau mereka juga boleh pergi ke luar diri mereka tetapi dengan hanya satu aktiviti sahaja, seperti hanya membaca buku, atau hanya menonton televisyen.

Maknanya, wanita perlu pergi ke luar diri mereka untuk memulihkan tenaga mereka. Sementara lelaki pula perlu pergi ke dalam diri mereka untuk mengembalikan tenaga (Tanenbaum, Joe. Male & Female Realities, Understanding the Opposite Sex. NV: Robert Erdmann Publishing, 1990. p 87-88).

Subhanallah, hebat sekali ciptaan Allah yang menjadikan kita ini berbeza. Dengan sebab itulah, taktala sang teruna sedang mencari-cari insan yang sempurna untuk menjadi pasangan hidupnya, jangan lupa bahawa hakikatnya tiada siapa pun yang sempurna. Sebaliknya, si dara yang dicari adalah untuk menjadikan kehidupan kita lebih sempurna, lengkap-melengkapi.

Ramai yang bertanya bolehkan seorang ayah tahan menjaga anak-anak tanpa ibu mereka di sisi. Sebenarnya, kena banyak bersabar. Jika ditanya apa tips utama, jawapan saya mudah sahaja. Just simply ignore them. Pekakkan sahaja telinga. Kerana saya tahu keterbatasan tenaga lelaki saya. Buat apa perlu dibazirkan. Lagipun memang sudah menjadi lumrah kerenah kanak-kanak, makan, main, bergaduh, menangis, dan akhirnya akan tidur juga.


Tuesday, June 28, 2011

"" Cakaran Harimau Manja""

Sememangnya benar, 5 saat sentuhan lebih bermakna dari 5 patah perkataan. Power atau tak, ada tertulis dalam al-Quran. Sebab itulah, Islam melarang keras sentuhan antara bukan muhrim. Di sini saya tergerak untuk mencuba teknik urutan rahsia suami isteri ni.. walaupun x de langsung kemahiran mengurut. Nak try juga untuk kumpul pahala... dan kebahagiaan.

7 Langkah ‘Cakaran Harimau’

Langkah pertama dalam urutan cakaran harimau ialah seseorang isteri perlu mengurut tengkuk suami mereka dengan penuh kasih sayang memandangkan bahagian itu terdapat banyak urat tegang yang perlu diuraikan.

Langkah kedua pula, kata beliau, ialah mengurut pada bahagian bahu hingga ke lengan dan diikuti langkah ketiga dengan membuat `jemput-jemput’ pada bahagian tulang belikat.

Langkah keempat dan kelima merupakan sentuhan yang cukup penting dan perlu kreatif dan ia dimulai dengan `cakaran harimau’ – menggunakan kuku yang telah dipotong bermula dari bahagian tengkuk membawa ke pinggang.

Cakaran itu hendaklah diselang-selikan dengan urutan labah-labah, bermula dari pinggang hingga ke bahagian tengkuk. Perlu diingat cakaran itu hendaklah berupa cakaran manja dan dilakukan dengan penuh kasih sayang

Langkah keenam ialah dengan menggenggam kedua-dua tapak tangan dan kemudian tepuk-tepuk pada bahagian belakang badan suami dari atas hingga ke pinggang.

Langkah ketujuh sebenarnya merupakan satu `bonus’ tambahan di mana setelah diurut, suami berasa tenang dan seronok.

Selepas itu, bisikan kalimah sayang ke telinga suami seperti `Saya cinta padamu’

Apa yang menarik tip itu bukan sahaja boleh diamalkan oleh isteri tetapi juga oleh suami jika mereka mahu disayangi oleh isteri masing-masing.

Kalau boleh urutan itu dilakukan ketika pasangan terbabit sedang berehat, agar dapat mengembalikan keharmonian rumah tangga setelah masing-masing penat bekerja.

Namun ketika melakukan urutan itu jangan sekali-kali menggunakan minyak angin tetapi sebaliknya menggunakan minyak aroma terapi.

Minyak aroma terapi boleh membangkitkan suasana harmoni serta boleh meredakan ketegangan serta memberi ketenangan jiwa kepada suami atau isteri.

Nor Bahyah berkata, beliau rasa terpanggil untuk menyampaikan petua ini sebab ramai yang tidak mengambil berat tentang kaedah sentuhan tersebut sedangkan dalam al-Quran Allah ada menyebut `gauli isteri kamu dengan cara yang terbaik’.

“Ini bermakna sentuhan dan belaian manja dan kasih sayang ternyata mampu merapatkan hubungan suami isteri kerana `a’syir,’ (bergaul) di dalam ayat tersebut bermakna bersentuh-sentuhan. Jadi kaedah urutan dan sentuhan seumpama itu amat baik untuk diamalkan,” ujarnya.

Tambah Nor Bahyah, cuba bayangkan jika anak menangis diusap dan dibelai maka tangisan itu ia akan terhenti serta merta, apatah lagi pasangan suami isteri.

“Urutan ini bukan sahaja boleh diamalkan oleh isteri sebaliknya oleh suami sebagai menghargai pengorbanan isteri dan dengan itu terbentuklah slogan `rumahku syurgaku,’ kerana masing-masing mendapat layanan terbaik,” katanya.

Kata Nor Bahyah, Nabi Muhammad ada bersabda `mana-mana isteri yang mengurut suaminya tanpa di suruh, maka isteri itu akan mendapat pahala tujuh ketul emas di syurga.

“Manakala mana-mana isteri yang mengurut setelah disuruh oleh suaminya terlebih dahulu maka isteri tersebut akan mendapat pahala tujuh ketul perak di akhirat kelak,” tambahnya.

'Petua Keluarga Bahagia'

63 Petua keluarga bahagia untuk direnung bersama.
Oleh Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah

keluarga bahagiaTanpa sebuah persefahaman, tidak mungkin istana yang dibina menemui kebahagiaan sebagaimana diharapkan.

Kesolehan keluarga menjadi penentu bagi tegaknya sesuatu bangsa yang aman, makmur dan sejahtera. Sebahagian dari kesempurnaan kebahagiaan di dunia adalah memiliki keluarga yang bahagia.

Ciri orang yang mencintai keluarganya adalah dia selalu bersabar dalam mendidik akhlak dan keimanan keluarganya.

Biar berjuta halangan merentangi namun jika tersurat kasih dan sayang dua insan berkenaan, pasti ia menemukan ketulusan yang abadi.

Dalam melayari rumah tangga berdua, pasti banyak onak terpaksa dilalui. Hanya mereka yang kuat, tabah dan mampu mendepani segalanya bakal menjulang kebahagiaan.

Perunding motivasi dan keluarga, Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah memberi 63 petua yang boleh dijadikan amalan pasangan suami isteri yang melayari rumah tangga.

1. Doa yang berterusan.

2. Patuh ajaran agama.

3. Murah dengan pujian.

4. Murah dengan khidmat.

5. Murah dengan belaian kasih sayang.

6. Murah dengan sentuhan.

7. Mencari kebaikan pasangan.

8. Cari masa berkomunikasi, berbual atau bergurau senda.

9. Cari kebaikan dan pembaikan diri daripada setiap pertengkaran.

10. Menghormati had, sempadan atau hal peribadi pasangan.

Monday, June 27, 2011

KASIHNYA ALLAH PADA WANITA

"Keistimewaan yang Allah SWT berikan kepada wanita terlalu banyaknya". "Kasihnya Allah SWT kepada wanita!" Itulah kata-kata yang paling mudah digunakan untuk menggambarkan 'layanan' istimewa terhadap wanita dalam Islam. Sesungguhnya, tidak akan ada mana-mana ajaran, ideologi, isme atau agama lain yang dapat melayan wanita dengan sebegitu baik sepertimana Islam melayan wanitanya. Malah, kalau bergabung pun kesemua wanita yang cerdik pandai, berharta dan berkuasa di seluruh dunia ini untuk menambah hak dan pengiktirafan buat mereka, mereka pasti tidak akan mencapai taraf kemuliaan serta layanan baik yang Allah SWT tawarkan buat seorang wanita di dalam Islam.

Namun, ramai wanita yang tidak memahami hal ini. Lantaran itu kebanyakan mereka tertipu oleh nafsu sendiri dan merasa terkongkong dengan amalan atau larangan tertentu yang digunakan ke atas wanita Islam seperti amalan menutup aurat, larangan bergaul bebas, poligami, larangan wanita menjadi pemimpin dan lain-lain lagi. Mereka cukup takut dan gerun dengan kesemua amalan atau larangan yang dianggap sangat menindas wanita. Walhal kalau dikaji setiap satu amalan atau larangan itu, mudah sahaja untuk melihat hikmah dan kebaikannya kepada kaum wanita itu sendiri.

Lalu kita melihat apa yang diperjuangkan oleh pejuang-pejuang hak wanita ialah mereka kalau boleh tidak mahu sebarang sekatan dikenakan ke atas mereka. Tentulah ini tidak munasabah. Sedangkan manusia sendiri banyak membuat peraturan-peraturan serta larangan itu dan ini, atas alasan hendak menjaga keselamatan diri atau masyarakat awam. Contohnya, dalam soal lalu-lintas, terlalu banyak peraturan dan larangan yang manusia buat seperti jangan memandu melebihi had laju, tidak boleh letak kereta di garisan kuning, mesti berhenti apabila ada isyarat lampu merah, mesti hidupkan lampu selepas pukul 7 malam dan berbagai-bagai lagi. Kalau dalam bidang sekecil ini pun perlu banyak peraturan dan larangan, sudah tentulah dalam bidang kehidupan lebih memerlukan lagi, dan lebih-lebih lagilah kalau skopnya itu jauh lebih luas iaitu untuk keselamatan dunia dan Akhirat.

Tuhan sebenarnya sangat kasih dan memuliakan kaum wanita. Segala suruhan dan larangan yang Tuhan kenakan ke atas kaum wanita tidak lain dan tidak bukan ialah untuk memastikan keselamatan dirinya dan masyarakat dan sekali-kali bukan untuk menyusahkan mereka. Tetapi, atas hujah dan alasan apa dakwaan ini dibuat? Mari kita lihat satu persatu pengiktirafan yang diberikan olehTuhan kepada wanita, sama ada setara langsung atau pun tidak.

1 ) Gelaran bagi `isteri' di dalam Al Quran

Perkataan yang Allah SWT gunakan di dalam Al Quran untuk menunjukkan suami atau isteri adalah perkataan yang sama, sedangkan dalam bahasa- bahasa lain, perkataan untuk suami dan perkataan untuk isteri menggunakan dua perkataan yang berbeza. Misalnya, dalam bahasa Inggeris, perkataan untuk suami ialah `husband' manakala perkataan untuk isteri ialah `wife'. Sementara dalam bahasa Perancis pula, perkataan untuk suami ialah `mari' manakala perkataan `femme' untuk isteri.

Tetapi di dalam Al Quran, suami dan isteri tidak disebut dua perkataan yang berbeza `zaujuh' dan `zaujati'. Hanya satu perkataan yang digunakan untuk kedua-duanya iaitu `zaujuh' yang bermakna `pasangan'. Islam melihat suami dan isteri adalah pasangan, penutup dan juga pelindung buat yang lain. Mereka dilihat sebagai sepasang, bukan berasingan. Sudah tentulah ini bermakna yang kaum lelaki di dalam Islam tidak dianggap lebih mulia daripada kaum wanitanya. Apabila kita mengatakan sepasang kaca mata, sepasang stokin atau sepasang baju, tentulah kita menganggap mereka setara dan tidak dapat dipisahkan di antara satu sama lain. Dan sudah tentulah kita tidak menganggap yang stokin kanan lebih hebat daripada stokin kiri atau kaca mata kanan lebih baik daripada kaca mata kiri. Begitulah tamsilannya sepasang suami isteri di dalam Islam seperti yang tercatat di dalam Al Quran.

Namun, gelaran zaujuh ini hanya diberikan kepada isteri yang sama beriman. Bagi isteri yang tidak beriman, mereka tidak disebut zaujuh. Contohnya, isteri Nabi Lut dan isteri Nabi Nuh. Di dalam Al Quran, mereka disebut 'imraah', kerana isteri sebegini tidak dianggap pelengkap, pelindung atau penutup kepada suaminya.

2 ) Pembelaan Rasulullah SAW Terhadap Wanita

Rasulullah SAW ada banyak menyatakan Hadis-Hadis yang menunjukkan betapa wanita itu dimuliakan di dalam Islam. Antaranya:

a. "Syurga di bawah telapak kaki ibu." Apakah wanita tidak rasa mulia dengan Hadis ini? Mengapa Rasulullah SAW memilih perkataan "di bawah telapak kaki" dan bukan "di dalam tangan" atau "di sisi" seorang ibu? Sudah tentu ini sangat menggambarkan mulianya seorang wanita di dalam Islam. Seorang yang faham tentu akan sangat memandang mulia, menghormati, membela serta berlumba-lumba untuk berkhidmat dan meng'hamba'kan diri kepada ibunya (dengan syarat segala yang dibuat itu tidak melanggar syariat). Tidakkah beruntung menjadi seorang ibu di dalam Islam? Dia tidak akan terbiar dan dipinggirkan, malah akan sentiasa dibela, dihormati dan dimuliakan oleh anak-anaknya.

b. "Orang yang paling baik dari antara kamu itu ialah yang paling baik kepada isi rumahnya, dan aku ini orang yang paling baik dari antara kamu kepada isi rumahku."

c. "Tidak akan memuliakan perempuan-perempuan melainkan orang yang mulia, dan tidak menghina akan perempuan-perempuan melainkan orang yang hina."(Hadis riwayat Ibnu `Asakir)

d. "Bergaullah kamu dengan isteri-isteri kamu dengan cara yang sopan. Kemudian bila kamu tidak menyukai mereka, (maka bersabarlah) kerana mungkin kamu tidak menyukai sesuatu, padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak."

e. "Janganlah seorang mukmin lelaki membenci kepada seorang
(isterinya yang) mukminah, kerana walaupun ada satu perangainya yang lelaki itu tidak suka, tetapi (tentu) ada lain perangainya yang is suka."(Hadis riwayat Ahmad dan Muslim)

Demikianlah hak-hak istimewa seorang wanita yang diberi oleh Islam. Dalam satu masyarakat yang bertaqwa, kaum wanita tidak perlu bimbang yang mereka akan diperleceh, dipermain atau diperkotak-katikkan oleh kaum lelaki, sebaliknya mereka boleh yakin bahawa pihak lelaki akan sentiasa melindungi, menasihati, menegur dan membimbing mereka dengan ikhlas.

3 ) Bahagian Tubuh Wanita Dianugerahkan Nama yang Mulia

Dalam tubuh wanita, ada satu bahagian yang diberi nana yang begitu mulia iaitu rahim. Perkataan ini diambil dari nama Tuhan, yang bermaksud `Maha Penyayang'. Sudah tentulah Tuhan tidak akan memberikan nama yang semulia ini kepada sesuatu yang hina di sisi- Nya. Sudah tentuTuhan akan memilih sesuatu yang mulia juga untuk dianugerahkan nama yang begitu mulia. Tuhan tidak berikan nama yang semulia ini kepada bahagian tubuh lelaki tetapi Dia memberikannya kepada bahagian tubuh wanita. Rahim inilah yang merupakan penghubung kepada makhluk. Di dalam rahimlah, wanita menjaga ciptaanTuhan dan memberi makan kepada apa yang Tuhan ciptakan.

Kaum wanita sepatutnya merasa sangat malu kepada Tuhan kerana memberi penghargaan yang begitu tinggi kepada mereka. Siapa boleh nafikan kepentingan rahim untuk kewujudan manusia? Anugerah rahim kepada wanita sebenarnya sudah cukup untuk membuktikan akan mulianya wanita di sisi Tuhan.

4 ) Diberi Pahala yang Berterusan

Wanita disebut `kurang dari sudut agama', tetapi ini bukan bermaksud yang wanita itu kurang dari sudut iman dan taqwanya. Mereka cuma kurang bersolat ketika datang haid dan nifas. Namun, oleh kerana di waktu-waktu lain mereka sentiasa bersolat, maka sepanjang waktu haid dan nifas itu, Tuhan tetap memberikan juga pahala solat sekiranya mereka dapat bersabar dengan keadaannya yang tidak selesa itu.

Bayangkan seorang wanita yang baru melahirkan anak. Sudahlah digugurkan dosa-dosanya seperti seorang bayi yang baru lahir, diberikan pula pahala solat percuma sepanjang dia dalam keadaan nifas. Dan kalau dia sabar menyusu, memelihara dan melayan kerenah anaknya pula, makin banyaknya pahala yang Tuhan sediakan untuknya.

Aduh! Maha Pemurahnya Tuhan kepada wanita. Maha Baiknya Tuhan kepada golongan yang sering dianggap lemah dan terpinggir ini! Kalaulah wanita-wanita pejuang hak asasi itu tahu begini sekali ganjaran- ganjaran yang Tuhan berikan kepada seorang wanita mukminah, pastilah mereka akan meninggalkan perjuangan mereka. Tidak ada apa-apa lagi hak yang perlu diperjuangkan oleh seorang wanita mukminah. Yang Tuhan tawarkan itu pun sudah terlampau banyaknya.

SEKADAR RENUNGAN

MATA HATI (HIJJAZ)
Pandangan mata selalu menipu
Pandangan akal selalu tersalah
Pandangan nafsu selalu melulu
Pandangan hati itu yang hakiki
Kalau hati itu bersih

Hati kalau terlalu bersih
Pandangannya kan menembusi hijab
Hati jika sudah bersih
Firasatnya tepat kehendak Allah
Tapi hati bila dikotori
Bisikannya bukan lagi kebenaran

Hati tempat jatuhnya pandangan Allah
Jasad lahir tumpuan manusia
Utamakanlah pandangan Allah
Daripada pandangan manusia

Wednesday, June 22, 2011

Anak2ku.. Suamiku.. 'Keluargaku Syurgaku'

Tetiba tergerak hati, nak mencoret. Dah lama sangat, asyik sibuk dengan macam2 benda. Hal2 kebajikan anak2, hal2 mengurus umah, hal2 kebajikan suami, hal2 tadika dan macam2 lagi, smuanya nak kena pikir dan selesaikan. Sampaikan kadang2 lupa nak pikir pasal kesihatan diri sendiri. Tak apa, asalkan seluruh keluargaku sihat dan gembira. Bila duduk sendiri, terpikir balik.. kalau aku tak sihat siapa la nak jaga anak2ku dan suamiku.



Diam tak diam, usia dah meningkat... anak pun dah bertambah. Dari bujang memasuki ke alam perkahwinan adalah kenangan manis dan indah. Bila bermula alam perkahwinan, di situ bermulanya satu pengorbanan besar perlu dilakukan. Berkongsi suka, berkongsi duka, berkongsi cerita, berkongsi derita, berkongsi tilam bantal, berkongsi cawan pinggan, berkongsi lantai dan bumbung, berkongsi segalanya.



Dengan kehadiran cahayamata pertama, segalanya berubah, perkongsian bukannya lagi berdua tetapi bertiga. Tanggungjawab juga bertambah, bergelar ibu buat pertama kalinya amat mengujakan. Setiap detik hidupku dihiasi dengan karenah dan keletah anak2. Seorang demi seorang bertambahnya seri dalam keluargaku... suamiku cukup gembira dan bahagia bersama anak2. Keinginannya untuk memiliki anak yang ramai, sedikit sebanyak membuat aku mengeluh. Bagiku 'Kualiti lebih penting dari kuantiti', tapi apakan dayaku. Bahagianya dia adalah bahagiaku. Dengan kurniaan Allah SWT, seorang puteri dan 3 orang puteraku... cukup comel.





Wanita



Lembut wanita kerana senyumannya,
Cekal wanita kerana beraninya,
Patuh wanita kerana kesetiaannya,
Sabar wanita kerana imannya,
Kasih wanita kerana belaiannya,
Lemah wanita kerana air matanya,
Ikhlas wanita kerana simpatinya,
Pendam wanita kerana cemburunya,
Sayang wanita kerana sikap keibuannya,
Tanpa wanita lelaki menjadi lemah,
Kerana wanita jugalah lelaki menjadi kalah..