Islamic Widget

Tuesday, May 31, 2011

DI KALA ISTERI MARAH

Dari segi psikology, kejadian perempuan tidak sama seperti kejadian lelaki.
Kejadian lelaki yang kurang beremosi berbanding perempuan. Ekoran itulah, Allah
memberikan kelayakkan menjadi pemimpin kepada lelaki berbanding perempuan.
Firman Allah; ٍ َْ ىلَع َْ ُ َْ َ ُّ َ ّفَاَ ِ ءِ اَن ىلَعََمُ ّ قَُ اجَ Maksudnya; ”Kaum laki-laki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh karena Allah telah melebihkan sebahagian mereka (laki-laki) atas sebahagian yang lain (wanita)” (Surah An-Nisa’ : 34) Perempuan diciptakan oleh Allah ekoran dari penciptaan lelaki. Adam diciptakan
oleh Allah terlebih dahulu berbanding hawa. Bermaksud, perempuan hidup
memerlukan perlindungan lelaki.
Memandangkan perempuan tidak seperti lelaki, kadangkala perempuan itu boleh melakukan sebarang kesilapan. Bukan bermakna lelaki tidak melakukan kesilapan,

tetapi kesilapan mereka tidak seperti kesilapan yang dibuat oleh lelaki. Lebih-lebih lagi, dari kejadian mereka sendiri adalah tulang rusuk yang paling bengkok. Sabda Nabi SAW; ََعْأََََْْهُتَكََْْإِوَهََُْكَهُُيَُِبَْذَِْفََُعْأَِلَفِءٍَْ ََعْأَّإِوٍَلَضِ ْمَِْلَُِأََِّْْفَ ءِ اَناِ صُْ تَسْافَ Maksudnya; ”Sesungguhnya perempuan itu diciptakan daripada tulang rusuk. Sesungguhnya
tulang rusuk yang paling bengkok adalah yang paling atas. Sekiranya kamu mahu
meluruskannya, pasti kamu mematahkannya. Sekiranya kamu membiarkannya, pasti
ia akan sentiasa bengkok. Oleh itu, sentiasalah memberi wasiat kebaikan kepada
mereka[1]”
Menurut Imam Ibnu Hajar Al-Asqalani, hadis ini memberi gambaran bahawa
Hawa diciptakan oleh Allah dari tulang rusuk Adam. Tetapi, Imam Al-Qurtubi
pula menyatakan, maksud dengan perempuan diciptakan dari tulang rusuk
bukanlah memang hakikatnya diciptakan dari tulang rusuk Adam, tetapi
menggambarkan betapa ”bengkoknya” perempuan seperti bengkoknya tulang
rusuk[2].
Walaubagaimanapun, hadis ini telah memberikan satu gambaran bahawa jika
perempuan melakukan kesalahan, kesalahan itu tidak sama seperti kesalahan yang
dilakukan oleh lelaki.
Justeru itu, dibimbangi bengkok itu semakin melampau, menyebabkan Nabi SAW ada memberikan sedikit panduan dalam membetulkan kesilapan perempuan. Ini disandarkan kepada hadis daripada Qasim bin Muhammad bin Abi Bakar yang berkata; : ق ، ع ا » : ، ا لسو هيلع ىلص بن ع بغ ذإ انع ضر ةشئاع اك ت م م جأو ، بلق ظيغ ذأو ، بذ غ ، دم ر ل Maksudnya; “Apabila Aisyah sedang marah, Nabi SAW memicit hidungnya seraya berkata :”wahai
A’yish, katakanlah, Ya Allah tuhan Muhammad, ampunilah dosaku. Dan hilangkan
kekerasan hatiku, dan lindungi aku dari fitnah yang menyesatkan[3]”
Hadis ini merupakan satu panduan dari Nabi SAW kepada lelaki dalam
menghadapi isteri yang kadangkala agak keterlaluan dalam memarahi sesuatu
perkara.

Jika diperhatikan, hadis ini menyebut bahawa dikala Aisyah sedang marah, Nabi
SAW tidak memanggilnya dengan panggilan biasa, tetapi memanggil dengan
panggilan yang mengandungi unsur manja dan mesra, iaitu dengan menyebut “Ya
A’yish” atau diterjemah melayu “wahai ‘Aisyah yang kecil molek”. Disamping itu
juga, Nabi SAW menunjukkan dari sudut perbuatan manja dan mesra dengan
memicit hidung Aisyah dikala melakukan teguran tersebut.
Apabila perempuan dipanggil dengan panggilan manja dan diperlakukan seperti
itu, pasti perasaan mereka akan berubah. Marah yang meluap-luap kebakaran
akan berjaya dipadamkan dengan air manja dan sentuhan. Dengan tindakan Nabi
SAW itu, pasti kemarahan mereka akan reda, dan dalam masa yang sama Baginda
SAW telah berjaya mewujudkan suasana mesra dalam menjalani kehidupan
berumah tangga.
Alangkah indahnya aturan Allah dengan mendatangkan Nabi SAW dalam menjaga
manusia. kisah sebegini sepatutnya dijadikan pengajaran kepada semua manusia
yang berumah tangga, agar kehidupan berkeluarga akan sentiasa indah dan
makmur.
Sekian [1] Sahih Al-Bukhari : 3084.
[2] Fath Al-Bari : 10/111.
[3] Amal Al-Lail wa Al-Lailah Li Ibni As-Sunni : 454. Syaikh Albani menyatakan
bahawa hadis ini adalah hadis doif dalam kitab Doif Al-Jami’ : 4433

ANTARA FAEDAH MEMAKAI WANGIAN

*Menyegarkan diri dan merangsang minda
*Memberi ketenangan dan ketenteraman
*Wangian sangat disukai Allah,para malaikat,para rasul dan orang-orang soleh.Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:''Empat perkara daripada sunah para rasul;perasaan malu,memakai wangian,bersiwak,dan bernikah".(Riwayat Tarmizi,Ahmad dan al-Baghawi..hadis daif
*Menghindari daripada syaitan kerana syaitan amat tidak menyukai bau wangi sebaliknya suka bau busuk.
*Wangian melambangkan kebaikan dan bau busuk lambang kepada kekejian.
*Wangian adalah satu sifat syurga sebagaimana hadis riwayat Abu Nu'aim daripada Abu Sufyan dan Jabir r.a.,bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud,Allah swt berfirman kepada syurga,wangilah untuk penghuni engkau!Lalu syurga pun bertambah mewangi.Maka demikianlah bahawa hawa dingin(serta keenakan baunya) yang dirasai manusia (di dunia) kala dinihari, iaitu sebagaimana juga Allah menjadikan api di dunia dan kepedihannya,juga kegelisahan dan dukacitanya sebagai peringatan tentang api di akhirat."