Islamic Widget

Tuesday, May 31, 2011

ANTARA FAEDAH MEMAKAI WANGIAN

*Menyegarkan diri dan merangsang minda
*Memberi ketenangan dan ketenteraman
*Wangian sangat disukai Allah,para malaikat,para rasul dan orang-orang soleh.Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:''Empat perkara daripada sunah para rasul;perasaan malu,memakai wangian,bersiwak,dan bernikah".(Riwayat Tarmizi,Ahmad dan al-Baghawi..hadis daif
*Menghindari daripada syaitan kerana syaitan amat tidak menyukai bau wangi sebaliknya suka bau busuk.
*Wangian melambangkan kebaikan dan bau busuk lambang kepada kekejian.
*Wangian adalah satu sifat syurga sebagaimana hadis riwayat Abu Nu'aim daripada Abu Sufyan dan Jabir r.a.,bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud,Allah swt berfirman kepada syurga,wangilah untuk penghuni engkau!Lalu syurga pun bertambah mewangi.Maka demikianlah bahawa hawa dingin(serta keenakan baunya) yang dirasai manusia (di dunia) kala dinihari, iaitu sebagaimana juga Allah menjadikan api di dunia dan kepedihannya,juga kegelisahan dan dukacitanya sebagai peringatan tentang api di akhirat."

No comments:

Post a Comment