Islamic Widget

Friday, July 29, 2011

Rindu mama















PUISI RINDU BUAT MAMA

Redup asar petang Jumaat
dengan renyai dan rahmat
ada rindu yg teramat
menjengah aku setiap saat
Mama …
Adik rindu ….
Tapi tak bisa kulangkahkan kaki ini kesana
Tak bisa ku melabuhkan diri ini kehadapan mu
Tak bisa kurasakan sentuhan tanganmu ketika salam ciumku
Percayalah mama..
adik selalu merindukan dirimu
adik selalu memanjatkan doa untukmu
selalu mengaturkan untuk kebahagiaanmu
untuk mama yang selalu adik rindukan dihatiku
Tak sabar ku untuk pulang...
langsung memelukmu riang
kini ku nanti sambil membilang hari
untuk ku pulang di Aidilfitri...

Thursday, July 28, 2011

Komunikasi Berkesan

Berbicara tentang komunikasi, semua perlu faham apa yang diperkatakan tentang keberkesanan komunikasi itu sendiri. Sesama rakan, sesama ahli keluarga mahupun sesama pasangan hidup, komunikasi terbaik dalam menyelesaikan segala masalah (perbincangan, memberi dan mendengar pendapat, memujuk, memuji, bergurau).

Hati kita akan terguris jika kata2 kita x diendahkan, perasaan kita akan marah jika maksud kata2 kita disalahertikan, emosi kita akan terganggu jika kata2 kita dibantah dgn keras. Semua pihak perlu memahami dan mempelajari atau memupuk kemahiran berkomunikasi dgn cara yang berkesan. Jom kita fahami...

Komunikasi itu penting bagi anda menyatakan perasaan dan pendapat. Komunikasi yang berkesan dapat mengeratkan hubungan baik sesama insan.

Apakah komunikasi yang berkesan?

Komunikasi yang baik merangkumi:
Penerangan yang jelas
Menunggu giliran untuk bercakap
Tidak ada yang baik dan buruk
Membantah dengan tenang
Berkomunikasi dengan sopan di mana ianya pendek dan jelas
Bertentang mata
Duduk tegak
Berkomunikasi dengan nada biasa
Bercakap bila perlu
Menerima tanggungjawab tanpa memberi helah
Meminta pertolongan dengan baik
Menggunakan empati tetapi bahasa yang dihormati

Apakah komunikasi yang tidak berkesan?

Komunikasi yang tidak berkesan adalah:
Mencaci
Mengganggu semasa seseorang sedang bercakap
Bercakap tanpa henti atau terlalu diam
Mengalih pandangan ke tempat lain semasa bercakap
Bercakap sambil lewa
Menjerit
Mencaci dan menggunakan bahasa yang kasar
Melepaskan geram

Apakah prinsip-prinsip komunikasi yang berkesan?

Mengekalkan pandangan mata (eye contact) dan ekspresi muka yang bersesuaian
Mendengar dengan minat
Memberi perhatian terhadap perasaan orang lain
Membuat refleksi apa yang anda faham daripadanya
Secara jujur luahkan bagaimana perasaan anda sama ada baik atau buruk tanpa menyakiti hati pendengar

Bagaimanakah keberkesanan mendengar?

Dengar dan tunjukkan bahawa anda mendengar dan memahami perasaan mereka
Tingkatkan hubungan mata dan tunjukkan bahawa anda mendengar dengan penuh minat. Beri sepenuh perhatian
Mengakui yang anda mendengar dengan menggunakan perkataan yang mudah seperti "oh" atau "Umm-hmm"
Ulangi apa yang telah diperkatakan dan tunjukkan yang anda faham apa yang diperkatakan

Kenapakah kemahiran berkomunikasi ini perlu?

Orang akan mendapati diri anda lebih menarik
Anda akan mendapat ramai kawan
Anda akan lebih difahami
Anda akan lebih baik di sekolah

Apa akan terjadi jika komunikasi tidak berkesan?

Anda akan selalu salah faham dan bertengkar
Anda susah difahami oleh orang lain
Segala kemahuan tidak dapat dicapai
Anda tidak disukai

Kepada siapa anda perlu meminta bantuan bagi meningkatkan kemahiran berkomunikasi anda?

Guru anda
Kaunselor
Pegawai Komunikasi
Pakar Psikologi
Tip bagi komunikasi berkesannya

Bagaimana anda berkomunikasi dengan orang lain?

Jawab soalan - soalan di bawah dan jumlah skor yang anda peroleh
Bagi setiap kenyataan bulatkan 1, 2, atau 3 bergantung kepada keberkesanan anda berkomunikasi dengan seseorang.


Friday, July 15, 2011

Rumah Raya


Puasa dh nk dekat, bila puasa dh tentu akan raya. Tetiba mood nk hias rumah dtg. Dah lama teringin nk umah baru, tp apakan daya.... loan asyik x lps jer. Yang sedihnya bila psg angan2, mcm2 dh plan... tup2 x lps jugak. Ada la, 5 ke 6 kali try... dr thn 2008 smpai skrang. Anak2 makin membesar dan bertambah, umah skrang dah mula sempit dgn orang dan barang2. Camna nk buat????? Sayu hati bila dgr ank merungut, teringin nk ada basikal sendri.. padahal bkn x mampu. Umah sempit, tggi atas kayangan plak tu... mana la bleh bli basikal.
Lagi masalah timbul, bila ada member or saudara ckp nk dtg umah.... aduh, susah ati btul. Bkn x nk jemput, bkn kedekut... tapi ruang x muat, penuh dgn brg, anak2 lagi, sofa x de, kabinet tv dh nk roboh.. klau nk tumpang solat, lg la.. smua blik sempit....huhu. Tambah2 kalau time raya, sure ade yg bertanya bila nk buat 'open house'?... sengih jer la, nk jawab pun serba x kena. Aduhai, nasib bdn... bkn sengkek sgt, tp berjimat. Tetap bersyukur, coz family still cukup makan n pakai.. pendek kata, klau nk pg bercuti satu family anytime bleh.
Raya thn ni, bertekad nk touch up umah skit... bagi ade feel nk raya n x malu nk jemput org bertandang. Fikir2, cmna nk jadikan flat mcm kondo. Teringin ala2 inggeris stail, tp byk berbunga2... yek.. x suka bunga. Firstly, kena tukar colour dinding.... colour yg cerah biar nmpak luas. tukar kabinet tv, biar kecik skit supaya ruang jadi luas. Tukar langsir baru, tukar rak kasut supaya x ganggu laluan. Dapur, so far x byk yg nk btulkan. Bilik anak2, byk yg kena settle kan.... aduh, dtg lah idea.... muncullah mood menghias. Ni kena byk buka link atau blog pasal hias rumah... Tip yg tukar flat kepada kondo... hahaha...

Friday, July 1, 2011

Gugurkah Tanggungjawab Suami Apabila Isteri Bekerja?

Satu perkara yang memang telah diketahui umum malah oleh segenap lapisan masyarakat termasuklah mereka yang bertanyakan soalan ini bahawa seorang suami adalah wajib menanggung segala perbelanjaan isterinya walaupun isterinya bekerja. Masalahnya ialah mereka yang mengetahui kebenaran ini enggan menerima kebenaran tersebut dan mangsanya adalah para isteri yang mengajukan soalan sebegini walaupun jawapannya telah mereka tahu dan hanya inginkan satu kepastian.

Islam malah agama lain juga menetapkan bahawa suami adalah sebagai ketua keluarga. Apabila disebut sebagai ketua maka jelas sudah bahawa seorang suami bertanggungjawab atas segalanya. Makan, minum, pakaian, tempat tinggal, pendidikan dan segala yang terangkum sebagai satu keperluan bagi isteri dan juga satu perkara sampingan tetapi menjadi perkara utama apabila dilakukan demi suami tercinta seperti rawatan kecantikan dan solekan.

Malahan, sekiranya suami seorang yang mampu tetapi masih mengizinkan isterinya bekerja, suami sewajarnya menanggung segala kos ulang alik si isteri ketika bekerja. Segala pendapatan isteri pula adalah hak mutlak si isteri dan suami sekiranya berkehendakkan hasil pendapatan isteri bagi membantunya menanggung perbelanjaan rumah tangga, adalah dikira sebagai berhutang dengan si isteri. Cuma demi kerukunan rumah tangga malahan di dalam era globalisasi dan ketamadunan yang kian mencabar ini, memang satu bonus dan satu keperluan bagi sesetangah individu untuk si isteri bekerja bagi membantu meringankan tanggungan suami.

Membantu meringankan bebanan dan tanggungan suami bukan bererti suami terlepas daripada tanggungjawab. Bagi seorang lelaki yang betul-betul ada harga diri, beliau akan berusaha dengan sedaya upata bagi memenuhi segala keperluan isteri, anak-anak dan keperluan rumah tangga tanpa mengharapkan hasil pendapatan isteri.

Ingat lagi kisah seorang suami yang sanggup melakukan kerja sampingan bagi menyara
keluarga walaupun isterinya bekerja. Inilah lelaki sejati yang menghargai isteri.
Namun, berapa ramai lelaki yang sanggup melakukan sedemikian. Kebanyakkan lelaki sekarang ini, duit aku duit aku, duit isteri pun duit aku juga sebab aku ni suami, isteri kene ikut kata aku. Hmmmm.. memang boleh punah kebahagiaan rumah tangga individu sebegini.

Menyebut tentang hasil pendapatan isteri, ingin diingatkan para isteri yang bekerja, memang tak salah kita membantu meringankan beban suami tetapi jangan terlalu membiasakan suami kita dibantu sewenangnya. Hasil pendapatan kita adalah hak kita yang mutlak. Kita bebas membelanjakannya sewenangnya hatta nak beli barang kemas selori pun adalah tidak salah.

Cuma, secara logiknya, sudah tentulah kita ingin membantu suami kerana suami adalah insan yang kita cintai. Seperti yang ditegaskan, tidak salah membantu tetapi ada batasan. Walaupun tidak semua tetapi kebanyakkanya para suami yang sentiasa ditolong ini akan mudah lupa diri. Rasa bebas bernafas sikit, terus segala tugas yang patutnya dipikul oleh suami telah diserah bulat-bulat kepada isteri.

Suami pula, mula pasang strategi nak tubuh “cawangan” terkini. Satu perkara lagi, ingin diingatkan kepada para isteri, jangan sesekali menyerahkan segala hasil pendapatan kita kepada suami. Pendapatan kita itu adalah hak kita sepenuhnya.

Sekiranya ingin membantu, berikan sekadar yang perlu sahaja. Biasakan juga menyimpan segala resit perbelanjaan yang kita keluarkan bagi membantu suami menguruskan rumahtangga. Sebabnya, kita tidak tahu apa yang bakal terjadi di belakang hari. Bukan meminta atau mendoakan tetapi tidak salah kita bersedia menghadapi segala kemungkinan.

Bak kata pepatah, sediakan payung sebelum hujan. Mungkin kita yakin kasih suami sepanjang hayat tetapi dalam sesaat,segalanya boleh berubah. Kebahagiaan 25 tahun hidup bersama boleh musnah sekelip mata hanya apabila wujud insan ketiga. Ini yang terjadi kepada seorang isteri. Setelah 25 tahun berkongsi dan berkorban segala, akhirnya beliau ditinggalkan sendiri bersama hati yang lara. Hanya anak-anak pengubat duka. Sesal dah tak berguna. Berbanding seorang kawan yang telah beringat-ingat sejak awal, hampir segala lelahnya dibayar apabila segala bukti pengorbananya yang tidak dihargai suami dikemukakan kepada pihak mahkamah. Lantas, beringatlah jangan dah terhantuk baru nak tergadah.