Islamic Widget

Saturday, April 10, 2010

KEKAYAAN BERLEGAR DI KALANGAN ORANG BERADA

"Peminta sedekah itu rezekinya telah dijamin oleh Allah, tetapi janganlah seseorang itu menjadi punca gangguan terhadap rezeki peminta sedekah itu"


Seperti yang diriwayatkan, bahawa pada suati hari Rasulullah saw berada di rumah isterinya Ummu Salamah. Baginda telah menerima setongkol daging (semangkuk gulai daging) daripada jiran tetangganya. Ummu Salamah menyuruh khadamnya supaya menyimpan daging itu di atas para, kerana ketika itu Rasulullah saw belum sempat menikmati sajian itu.



Semasa Rasulullah saw tiada di rumah, datang seorang peminta sedekah ke rumah Ummu Salamah. Bagaimanapun peminta sedekah itu tidak mendapat apa-apa dari rumah Ummu Salamah. Ummu Salamah teringat daging yang disimpan untuk Rasulullah saw itu diatas paranya, tetapi Ummu Salamah keberatan untuk menyedekahkan daging tersebut pada peminta sedekah kerana daging tersebut adalah hadiah dari jirannya kepada Rasulullah saw.



Sebaik sahaja, Rasulullah saw pulang dari masjid lalu baginda bertanyakan daging yang dihadiahkan tadi, Ummu Salamah meminta khadamnya mengambil gulai daging itu. Alangkah terkejutnya khadam Ummu Salamah apabila mendapati gulai daging yang disimpannya tadi sudah tiada, sebaliknya terdapat setongkol batu. Rasulullah pun bertanya perihal sebenar semasa ketiadaannya tadi. Ummu Salamah pun bercerita tentang kedatangan peminta sedekah yang datang, tetapi pulang tanpa diberi apa-apa.




Rasulullah saw berasa amat kesal dengan kejadian itu. Sepatutnya hajat seseorang yang berkehandakkan sesuatu mesti diperkenankan walaupun kemudian terpaksa berlapar, kerana mendahulukan hajat orang lain adalah pekerti orang Islam. Mujurlah hanya daging itu saja yang Allah telah tukarkan menjadi batu, "Bagaimana pula jika engkau yang ditukarkan menjadi batu,
' ujar Rasulullah saw kepada Ummu Salamah.