Islamic Widget

Thursday, July 22, 2010

Kenapa wanita menangis?????

Tetiba ja, tergerak hati nak mencoret tentang tangisan...... Pelik tapi mmg benar, bila wanita menangis ja... banyak maksud tersirat dan tersurat. Mungkin menangis kerana kecewa, kerana marah, kerana insaf, kerana malu, kerana sedih, kerana sunyi, kerana benci, kerana tersentuh hatinya dan byk lg sebab2 lain. Tangisan wanita juga boleh dijadikan senjata bagi seorang yang bergelar isteri. Macam pepatah mengatakan keras2 wanita ni macam kerak nasi ja, disiram air lembut lah dia. Hati wanita cukup lembut, tapi wanita jugalah yang melahirkan lelaki2 gagah. Kenapa wanita menangis??????.......

* Mencuci mata (merupakan salah satu cara untuk meluahkan rasa stress)
* Mengurangkan stress.
* Tanda keinsafan/penyesalan.
* Sebagai ugutan emosi.

Orang perempuan mempunyai 9 emosi dan 1 akal. Emosi yang terkumpul banyak ini, membentuk peribadi seseorang wanita yang ketara kelembutannya, kasih, bertimbang rasa dan menghargai orang di sekelilingnya. Daya tumpuan akal seseorang wanita banyak dipengaruhi oleh emosi samada ia memberi kesan baik ataupun buruk.

Kesan Tangisan:
* Dapat perhatian
* Suasana rumah tangga tergugat.
* Lelaki jadi bingung.
* Orang lain dapat mesej.
* Mata bersih dan sihat.

Wednesday, July 7, 2010

Kekal Cergas di Bulan Ramadhan


Sebagai umat Islam, kedatangan bulan Ramadhan adalah yang paling ditunggu-tunggu kerana penuh dengan keberkatan dan kemuliaan. Kebanyakan daripada kita mengambil kesempatan di bulan Ramadhan ini untuk menumpukan kepada aktiviti-aktiviti berbentuk keagamaan dan memperbanyakkan ibadat dan berehat seketika daripada melakukan aktiviti luar dan lasak. Kepenatan setelah seharian penat berpuasa menyebabkan kita tidak lagi memikirkan tentang perlunya melakukan aktiviti-aktiviti yang berbentuk kecergasan. Memang tidak dinafikan apabila kita berpuasa, badan akan menjadi letih disebabkan oleh kekurangan tenaga di dalam badan. Faktor cuaca di negara kita yang panas dan keadaan di sekeliling kita terutama di bandar-bandar besar juga menjadi faktor yang menyebabkan badan kita mengalami keletihan dan menjadi lesu.

Namun begitu, kita tidak seharusnya alpa dan lalai dalam mengambil berat tentang aspek penjagaan kesihatan diri kita. Alasan berpuasa tidak seharusnya membolehkan kita menjadi malas seperti hanya duduk di depan televisyen dan menghabiskan masa di siang hari dengan tidur. Jika kita tidak mengambil berat tentang aspek pemakanan ia sedikit sebanyak akan menyebabkan kita terdedah kepada pelbagai jenis penyakit seperti kencing manis, penyakit jantung, risiko menjadi obesiti dan lain-lain lagi.

Walaupun sedang berpuasa, kita juga boleh terus kekal cergas dengan melakukan aktiviti fizikal dan senaman ringan bergantung kepada keupayaan seseorang individu itu. Bulan puasa tidak boleh dianggap sebagai bulan untuk berehat dari melakukan aktiviti-aktiviti berbentuk kecergasan. Kebanyakan daripada kita menganggap bulan puasa sebagai platform untuk menguruskan badan dan mendapatkan bentuk badan yang menarik. Hakikat ini memang tidak dapat dinafikan, namun begitu dengan mengamalkan diet sahaja ia sebenarnya tidak membantu kita untuk kekal cergas di bulan puasa ini. Kepelbagaian pengambilan jenis makanan sewaktu berbuka puasa menyebabkan badan kita tidak dapat menghadam dan memproses makan dengan sempurna. Ini ditambah pula dengan makanan yang berlemak dan berminyak serta aneka kuih-muih yang manis menyebabkan lemak-lemak yang tidak dapat dihadam tadi tersekat dan berkumpul di sekitar saluran darah. Setiap kalori yang terkandung di dalam makanan perlu dibakar dengan melakukan aktiviti-aktiviti fizikal seperti bersenam. Selain dapat mengeluarkan peluh, ia juga membantu melancarkan aliran darah dalam badan dan membantu meningkatkan kekuatan otot bergantung kepada jenis aktiviti yang kita lakukan.

Waktu yang paling ideal untuk kita bersenam di bulan puasa sebenarnya bergantung kepada keselesaan dan kesesuaian masa individu itu sendiri. Namun begitu waktu petang sebelum berbuka puasa adalah masa yang paling sesuai. Ini kerana kekurangan cecair yang diperlukan akan dapat diganti semula sejurus selepas waktu berbuka puasa. Aktiviti senaman ringan seperti berjalan pantas dan berbasikal sudah memadai untuk membantu membakar lemak di dalam badan. Bagi yang lebih berkeupayaan atau mereka yang biasa bersukan, mereka boleh teruskan dengan rutin riadah harian mereka seperti bermain tenis, berjoging mahupun berkebun asalkan tidak memudaratkan dan mendorong kepada keinginan untuk berbuka puasa sebelum waktunya.

Pada waktu ini kekurangan glycogen di dalam badan kerana berpuasa akan membantu proses pembakaran lemak. Glycogen bermaksud tenaga yang kebanyakannya ialah glukos yang tersimpan di dalam badan (hati) yang berpunca daripada makanan yang kita ambil samada ketika bersahur ataupun berbuka. Sewaktu bersenam ataupun melakukan aktiviti-aktiviti fizikal, kadar nadi dan pernafasan kita akan menjadi lebih cepat berbanding biasa. Oleh itu, badan kita memerlukan tenaga untuk membolehkan kadar nadi dan pernafasan kita menjadi cepat. Tenaga yang terhasil daripada makanan yang kita ambil akan digunakan sewaktu kita bersenam. Namun begitu, kita harus lebih berhati-hati ketika melakukan senaman di bulan puasa bagi mengelakkan daripada ”dehydration”. Keadaan ini mudah terjadi kerana badan kita kekurangan cecair yang diperlukan disebabkan berpuasa. Ditambah pula dengan peluh yang terhasil akan menyebabkan kita mudah terdedah kepada situasi yang berisiko ini. Antara simptom-simptom ’dehydration’ ialah pening, penglihatan menjadi kabur dan air kencing pekat.

Selain daripada waktu petang, kita juga boleh melakukan aktiviti senaman di sebelah malam iaitu selepas waktu berbuka puasa dan solat tarawikh. Aktiviti-aktiviti yang dilakukan mestilah bersesuaian dan tidak mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan kita. Ini kerana makanan yang diambil sewaktu berbuka tidak dapat dihadamkan sepenuhnya. Ia mungkin akan menimbulkan ketidakselesaan kepada kita jika terus melakukan aktiviti-aktiviti berat seperti latihan mengangkat beban dan sebagainya.

Untuk kekal cergas di bulan Ramadhan, adalah disarankan juga bagi mereka yang tidak berkemampuan atau berkeupayaan untuk bersenam atau bersukan, supaya melakukan aktiviti fizikal harian seperti mengemas rumah, berkebun, membasuh kereta dan berjalan sebagai alternatif untuk mereka cergas di bulan puasa ini. Dengan melakukan aktiviti-aktiviti fizikal ini, otot-otot di dalam badan akan dirangsang untuk lebih bertenaga dan menjadikan kita berasa sihat. Sebagai contoh sudah memadai bagi suri rumah jika tidak berkesempatan untuk bersenam dengan menggantikannya dengan aktiviti seperti mengemas rumah dan membersihkan halaman rumah. Selain dapat menggerakkan otot-otot tubuh badan, kita akan dapat mengelakkan diri daripada menjadi malas. Selain itu, aktiviti fizikal seperti menaiki tangga dan berjalan juga membantu menjadikan kita cergas walapun di bulan puasa ini.

Sebelum kita melakukan aktiviti senaman dan bersukan kita harus menilai keupayaan badan dan kemampuan kita.Setiap individu adalah berbeza tahap kesihatan dan keupayaan anggota tubuh badannya. Komposisi tubuh dan ketahanan badan mereka juga tidak sama dengan individu yang lain. Hal ini penting sekiranya seseorang itu menghidapi penyakit seperti kencing manis dan sebagainya. Badan seorang pesakit itu sensitif dan mudah terdedah kepada risiko kesihatan yang lain jika tidak mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh pakar. Sekiranya mereka ingin juga melakukan aktiviti senaman di bulan puasa ini adalah disarankan supaya mereka mendapatkan nasihat dan pandangan doktor untuk mengelakkan sebarang implikasi buruk.

Apa yang penting sekiranya kita ingin kekal cergas dan sihat di bulan puasa ini, amalan melakukan aktiviti fizikal dan senaman merupakan sesuatu yang perlu dititikberatkan selain daripada penjagaan makanan yang teratur. Sebelum melakukan sebarang aktiviti senaman kita mestilah melakukan aktiviti memanaskan badan dan menyejukkan badan selepas selesai bersenam. Amalkanlah aktiviti fizikal dan senaman sekurang-kurangnya 3 kali seminggu dan 30 minit setiap sesi. Kombinasi di antara pemakanan yang sihat, aktiviti fizikal yang bersesuaian dan rehat yang secukupnya dapat menjadikan badan kita lebih sihat meskipun sedang berpuasa. Ditambah pula dengan keberkatan dengan memperbanyakkan ibadah di bulan yang mulia ini, tidak mustahil kita akan lebih sihat daripada bulan-bulan lain.

Tuesday, June 29, 2010

JOM TANGANI STRESS.... AMALKAN 10 B

Tekanan atau stres hidup sudah menjadi lumrah kehidupan zaman moden, yang dihadapi oleh semua peringkat umur, tidak kira jantina, bangsa dan agama. Bukan hanya golongan dewasa yang dilimpahi stres di tempat kerja, rumah, jalan raya dan pergaulan masyarakat, malahan kanak-kanak juga dibelenggu pelbagai punca stres. Akan tetapi stres adalah satu perkara yang biasa dalam kehidupan manusia yang normal dan setiap orang akan mengalami stres pada sesuatu masa dalam kehidupannya. Stres adalah hakikat kehidupan yang tidak boleh dielakkan. Stres adalah respons fizikal, emosi dan mental yang berlaku kepada seseorang apabila tuntutannya tidak dapat dipenuhi.

Apakah itu stres?

Stres adalah reaksi tubuh badan terhadap rangsangan yang tidak menyenangkan seperti bunyi yang kuat, bau yang busuk atau kata-kata kesat. Stres berlaku apabila tuntutan tidak setanding dengan kebolehan dan kemahiran daya tindak seseorang. Stres juga boleh diertikan sebagai faktor fizikal dan emosi yang menyebabkan tekanan ke atas minda dan tubuh badan. Ia mungkin mengakibatkan penyakit seperti darah tinggi, penyakit jantung koronari dan kemurungan.

Apakah punca-punca stres?

Punca-punca stres terdiri daripada :

-->Dalam diri
*Cita-cita dan harapan yang terlalu tinggi
*Rasa tidak selamat
*Pengalaman zaman kanak-kanak
*Peristiwa dalam kehidupan
*Perwatakan / personaliti
*Dilema dalam membuat keputusan
*Stres keibubapaan

-->Sosial
*Berpindah rumah
*Konflik keluarga, penceraian, krisis hidup
*Stres perkahwinan dan rumah tangga
*Perhubungan interpersonal yang bermasalah
*Masalah di tempat kerja
*Cabaran kehidupan di kota atau di bandar
*Masalah/ perubahan persekitaran
*Masalah kewangan

-->Psikologi
*Jenis Personaliti
*Tragedi
*Hilang orang yang dikasihi
*Kurang keyakinan diri
*Takut untuk gagal

-->Biologi
*Penyakit fizikal yang kronik
*Perubahan dalam tubuh (remaja)
*Kenali tanda-tanda stres anda…

-Tanda-tanda fizikal
>Kering mulut
>Gementar
>Sakit kepala
>Masalah tidur
>Perubahan selera makan
>Cepat letih
>Lenguh-lenguh badan
>Jantung berdebar-debar
>Pernafasan semakin laju
>Sakit perut
>Cirit-birit
>Sakit-sakit badan yang kurang jelas puncanya
>Letih lesu

-Tanda-tanda psikologi
>Gelisah
>Hilang sabar
>Mudah marah
>Lemah semangat
>Risau dan bimbang
>Kurang minat dan tumpuan terhadap aktiviti seharian
>Mudah lupa
>Takut gagal
>Rendah diri
>Keresahan
>Tidak merasa seronok
>Bosan
>Low mood dan murung

-Tanda-tanda tingkah laku
>Merokok berlebihan
>Penggunaan ubat-ubatan yang tidak terkawal
>Memikir atau bercakap tentang mencedera atau membunuh diri
>Tingkahlaku impulsif dan agresif (buli, vandalisme)
>Penyalahgunaan dadah dan alkohol
>Masalah tabiat makan


Amalkan tips mudah tangani stres serta merta...Amalkan 10B

Bertenang
Bertenang boleh membantu mengurangkan stres dengan menghentikan kitaran stres di peringkat permulaan.

Bernafas secara dalam
Pernafasan melalui abdomen adalah cara pernafasan terbaik, kita bernafas dengan lebih perlahan, panjang dan lebih dalam.

Berkata : Relakslah....
Kata-kata ini sedikit sebanyak dapat membantu mententeramkan perasaan dan mengurangkan stres.

Beribadat
Berzikir,dekatkan diri dengan Allah, berdoa dan beribadat memberi sokongan emosi dan melegakan perasaan.

Berkongsi perasaan/masalah dengan seseorang
Perasaan/ masalah adalah sesuatu yang tak sepatutnya dipendam, sebaliknya harus dikongsi dengan orang yang dipercayai seperti bercakap dengan ahli keluarga atau kawan-kawan. berkongsi perasaan/ masalah akan melegakan dan mengurangkan stres dalam diri.

Berurut
Dalam keadaan stres, otot-otot di leher, kepala dan bahu akan tegang tanpa disedari. Berurut (leher, bahu, kepala, kaki) boleh melegakan otot dan melancarkan perjalanan darah.

Berehat & mendengar muzik
Berehat sambil mendengar muzik yang lembut akan menenangkan fikiran.

Beriadah
Aktiviti riadah seperti berkelah, berenang, mendaki bukit/gunung, berkhemah, melakukan hobi atau aktiviti yang disukai boleh menenangkan fikiran dan mengurangkan stres.

Bersenam
Bersenam dapat meningkatkan pengeluaran hormon endorfin, dan akan mengurangkan ketegangan otot dan stres.

Berfikiran Positif
Berfikiran positif ialah melihat kebaikan dalam mana-mana situasi bersifat negatif. Tumpukan kepada perkara yang baik dan apa yang boleh dilakukan dalam situasi tersebut.


Dengan melakukan kaedah 10B, InsyaAllah... kesan fizikal stres seperti denyutan jantung laju, marah, rasa gelisah, gementar dan sakit kepala dapat dikurangkan.

Friday, June 25, 2010

TANDA-TANDA KIAMAT

TANDA-TANDA KIAMAT (Siri 2)

Rasulullah S.A.W telah bersabda,

"Hari kiamat itu mempunyai tanda, bermulanya dengan tidak laris jualan di pasar, sedikit sahaja hujan dan begitu juga dengan tumbuh-tumbuhan. Ghibah menjadi-jadi di merata-rata, memakan riba, banyaknya anak-anak zina, orang kaya diagung-agungkan, orang-orang fasik akan bersuara lantang di masjid, para ahli mungkar lebih banyak menonjol dari ahli haq"

Jika kita perhatikan kini memang benar:
Ghibah merata-rata (memperburuk-burukkan, memfitnah orang juga meleluasa kini)
Riba meluas tanpa kawalan (shark loan, pinjaman segera, pembelian kereta, rumah dll, bank bersistem riba, termasuk berbagai jenis loan yang "diislamkan" dari luarannya. hatta "study loan" pun)
Anak zina bertambah (malah pasangan berzina berbangga dengan perbuatan zina dan anak zinanya).
Orang kaya diagung-agungkan (sampai cium tangan dan merayu)
Orang fasik bersuara lantang di Masjid (sampaikan pelanggan tetap 4d pun dikhabarkan dilantik sebagai AJK Masjid)
Ahli mungkar lebih banyak menonjol dari ahli haq (bercakap tentang islam walaupun tanpa ilmu)

Berkata Ali bin Abi Talib,

Akan datang di suatu masa di mana Islam itu hanya akan tinggal namanya sahaja, agama hanya bentuk sahaja, Al-Qur'an hanya dijadikan bacaan sahaja, mereka mendirikan masjid, sedangkan masjid itu sunyi dari zikir menyebut Asma Allah. Orang-orang yang paling buruk pada zaman itu ialah para ulama, dari mereka akan timbul fitnah dan fitnah itu akan kembali kepada mereka juga. Dan kesemua yang tersebut adalah tanda-tanda hari kiamat."


TANDA-TANDA KIAMAT KECIL (SIRI 5)

- Penaklukan Baitulmuqaddis.

Dari Auf b. Malik r.a., katanya,

"Rasulullah s. a. w. telah bersabda:
"Aku menghitung enam perkara menjelang hari kiamat. "Baginda menyebutkan salah satu di antaranya : Penaklukan Baitulmuqaddis."
- Sahih Bukhari,

- Zina bermaharajalela.

"Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang.”
- Sahih Muslim

- Bermaharajalela alat muzik., tanah runtuh dan perubahan muka

"Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka."Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab;"Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita”
- Ibnu Majah

- Menghias masjid dan membanggakannya.

"Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalam mendirikan masjid”
- Riwayat Nasai.

- Munculnya kekejian, memutuskan kerabat dan hubungan dengan tetangga tidak baik.

"Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga."
-Riwayat Ahmad dan Hakim

- Ramai orang soleh meninggal dunia.

"Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran.
- Riwayat Ahmad

- Orang hina mendapat kedudukan terhormat.

"Di antara tanda-tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka’ (orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang mulia"
-Riwayat Thabrani

- Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.

"Sesungguhnya diantara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja."
- Riwayat Ahmad

- Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a.
"Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang."

- Bulan sabit kelihatan besar.

"Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit."
- Riwayat Thabrani
- Sahih Muslim


- Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita.

"Pada akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu”
- Sahih Muslim

- Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar.

"Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar"
- Riwayat Ahmad

- Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai.

"Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai."



PENGAJARAN

Segala apa yang dikatakan oleh Nabi Muhammad s.a.w. itu adalah benar belaka janganlah disangsikan dan ragu-ragu.

Sekiranya kita menghayati apa yang tersirat pada kisah di atas memang kebanyakannya telah berlaku kini.

Tak perlu Nostradamus' Prediction untuk kita jadikan panduan atau ikutan seperti orang kafir atau menunggu hasil kajian saintifik tentang amalan dan sunnah Rasullullah s.a.w.

Percayalah seyakin-yakinnya dan amalkan

-Wallahualam-

TANDA-TANDA KIAMAT

TANDA-TANDA KIAMAT (Siri 1)

Hudzaifah bin As-yad al-Ghifary berkata,

Sewaktu kami sedang berbincang, tiba-tiba datang Nabi Muhammad S.A.W kepada kami lalu bertanya,
"Apakah yang kamu semua sedang bincangkan.?"
Lalu kami menjawab,
"Kami sedang membincangkan tentang hari Kiamat."
Sabda Rasulullah S.A.W.
"Sesungguhnya kiamat itu tidak akan terjadi sebelum kamu melihat sepuluh tanda :-
Asap
Dajjal
Binatang melata di bumi
Terbitnya matahari sebelah barat
Turunnya Nabi Isa A.S
Keluarnya Yakjuj dan Makjuj
Gerhana di timur
Gerhana di barat
Gerhana di jazirah Arab
Keluarnya api dari kota Yaman menghalau manusia ke tempat pengiringan mereka.

Asap akan memenuhi timur dan barat, ia akan berlaku selama 40 hari. Apabila orang yang beriman terkena asap itu, ia akan bersin seperti terkena selsema, sementara orang kafir pula keadaannya seperti orang mabuk, asap akan keluar dari hidung, telinga dan dubur mereka.

Dajjal maksudnya ialah bahaya besar yang tidak ada bahaya sepertinya sejak Nabi Adam A.S sampai hari kiamat. Dajjal boleh membuat apa sahaja perkara-perkara yang luar biasa. Dia akan mendakwa dirinya Tuhan, sebelah matanya buta dan di antara kedua matanya tertulis perkataan 'Ini adalah orang kafir'.

Binatang melata yang dikenali sebagai Dabatul Ard ini akan keluar di kota Mekah dekat gunung Shafa, ia akan berbicara dengan kata-kata yang fasih dan jelas. Dabatul Ard ini akan membawa tongkat Nabi Musa A.S dan cincin Nabi Sulaiman A.S. Apabila binatang ini memukulkan tongkatnya ke dahi orang yang beriman, maka akan tertulislah di dahi orang itu 'Ini adalah orang yang beriman'. Apabila tongkat itu dipukul ke dahi orang yang kafir, maka akan tertulislah 'Ini adalah orang kafir'.

Turunnya Nabi Isa. A.S di negeri Syam di menara putih, beliau akan membunuh dajjal. Kemudian Nabi Isa A.S akan menjalankan syariat Nabi Muhammad S.A.W.

Yakjuj dan Makjuj pula akan keluar, mereka ini merupakan dua golongan. Satu golongan kecil dan satu lagi golongan besar. Yakjuj dan Makjuj itu kini berada di belakang bendungan yang dibangunkan oleh Iskandar Zulqarnain. Apabila keluarnya mereka ini, bilangannya tidak terhitung banyaknya, sehingga kalau air laut Thahatiah diminum nescaya tidak akan tinggal walau pun setitik.

Alhamdulillah... Syukran Jazilan, utk adik tercinta

Sejuk mata memandang,
Ada jg insan yg sudi membantu... utk mencantikkan blog ni,
Almaklumlah.... kita nie sibuk sgt, sejak kebelakangan ni...
Hari2 pikir kerja, rasa mcm x cukup tangan nk buat. Mana nk manage rumah tangganya, anak2nya, suaminya, tadikanya, nak manage reunion member lamanya, nk update blog tadika lg, update fb tadika n sendri punya lg.... ish mcm2 btul lah. Sesekali dpt rest kan best...
Nnt lah, ada ja masa2 terluang... bleh la karang apa2 yg patut kt sini...
Wassalam.

Camna nk bg ada semangat berblog ni yek???

Bila buka je blog ni... suram semacam ja. Tp rasanya klau bertukar rupa, baru ada semangat kot...
Ermmmm..... nk minta advise sape yek... Ooooooo, dah tau siapa yang bakal diserang...

Saturday, April 10, 2010

KEKAYAAN BERLEGAR DI KALANGAN ORANG BERADA

"Peminta sedekah itu rezekinya telah dijamin oleh Allah, tetapi janganlah seseorang itu menjadi punca gangguan terhadap rezeki peminta sedekah itu"


Seperti yang diriwayatkan, bahawa pada suati hari Rasulullah saw berada di rumah isterinya Ummu Salamah. Baginda telah menerima setongkol daging (semangkuk gulai daging) daripada jiran tetangganya. Ummu Salamah menyuruh khadamnya supaya menyimpan daging itu di atas para, kerana ketika itu Rasulullah saw belum sempat menikmati sajian itu.



Semasa Rasulullah saw tiada di rumah, datang seorang peminta sedekah ke rumah Ummu Salamah. Bagaimanapun peminta sedekah itu tidak mendapat apa-apa dari rumah Ummu Salamah. Ummu Salamah teringat daging yang disimpan untuk Rasulullah saw itu diatas paranya, tetapi Ummu Salamah keberatan untuk menyedekahkan daging tersebut pada peminta sedekah kerana daging tersebut adalah hadiah dari jirannya kepada Rasulullah saw.



Sebaik sahaja, Rasulullah saw pulang dari masjid lalu baginda bertanyakan daging yang dihadiahkan tadi, Ummu Salamah meminta khadamnya mengambil gulai daging itu. Alangkah terkejutnya khadam Ummu Salamah apabila mendapati gulai daging yang disimpannya tadi sudah tiada, sebaliknya terdapat setongkol batu. Rasulullah pun bertanya perihal sebenar semasa ketiadaannya tadi. Ummu Salamah pun bercerita tentang kedatangan peminta sedekah yang datang, tetapi pulang tanpa diberi apa-apa.




Rasulullah saw berasa amat kesal dengan kejadian itu. Sepatutnya hajat seseorang yang berkehandakkan sesuatu mesti diperkenankan walaupun kemudian terpaksa berlapar, kerana mendahulukan hajat orang lain adalah pekerti orang Islam. Mujurlah hanya daging itu saja yang Allah telah tukarkan menjadi batu, "Bagaimana pula jika engkau yang ditukarkan menjadi batu,
' ujar Rasulullah saw kepada Ummu Salamah.

Sunday, January 24, 2010

Weekend - Makan2 n pegi taman

Setiap hari sibuk dengan kerja, celik je mata start dari pagi sampailah ke malam.... ada ja kerja nak di buat. kalau di umah macam biasalah kerja seorang ibu, isteri n pengurus anak2... kalau ke tadika plak kerja seorang pengurus jugak... fuh, x pernahnya selesai.. tak menang tangan nak buat.
Time cuti pun x abih2 jugak kerjanya. Ingatkan time cuti bleh cuti kerja, tapi... klau cuti membasuh, cuti memasak, cuti mengemas, cuti mengurus anak2.... abislah tunggang-langgang umah. Anak2 pun asyik ajak kluar, yelah.. ari2 ke sekolah n di tadika sampai lewat petang, balik umah je trus tido. Manalah ada masanya diorang nak main taman.
So, ari cuti kena bawa pegi taman... kalau tak nanti otak tak berkembang. Aktiviti luar juga perlu untuk anak2, maklumlah umah di atas kayangan. Kadang2 ari cuti plak abang kena kerja... huhuhu, kena bawa sendiri anak2 ke taman.
Klau time abang free, tak kerja... seronok sungguh anak2. Kalau bleh setiap saat yang terluang tu diisi dengan aktiviti keluarga, sebab masa berlalu sangat pantas. Sedar2 anak2 pun dah besar.
Semalam, abang free... so bawa anak2 pegi makan luar kat Restoran Sadhirah Tom Yam Sg. Buloh (sebenarnya dah lama tak makan kat luar). Seronok betul diorang. Lepas tu pegi main kat taman Kota Damansara. Anak2 asyik nak main sampai dah lewat pun tak nak balik. InsyaAllah, minggu depan kita pegi taman lagi yek...

Saturday, January 23, 2010

Happy Anniversary! ...genap 9 thn....


Dalam melayari bahtera kehidupan

Ribuan cabaran harus ditempuhi

Ada kalanya kita begitu leka dan lupa

Pada nilai-nilai murni setiap hubungan


Sesungguhnya ingin kuulangi

Aku berasa bertuah dengan terjalin ikatan
kemesraan antara dua insan dirimu dan diriku


Dorongan dan semangat untuk terus maju sering kau berikan agar kejayaan sentiasa menanti

Keceriaan dan gelak tawamu membuat hidup ini tak terasa sepi

Keikhlasan dan keperihatinanmu sering membuat diriku terasa dihargai dan dipunyai


Semoga ketekunan usaha kita memelihara ikatan ini sentiasa diberkati Ilahi

Friday, January 22, 2010

Cuti-cuti Malaysia.. December 2009

Jom naik lembu batu..



Mama pun ada... larat ooo... panjat tangga





Hehe... posing senget...



Amal Wafiq dah penat naik tangga la...




Ha.. naik, jangan x naik...